Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah...
tergerak hati utk berkongsi tentang implanon sbb belum byk entri pasal implanon..
Implanon adalah salah satu kaedah pencegah kehamilan..
Pada 23/8/12, sy telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta..masa tu sy baru tahun dua(Sem 4) ijazah di UPSI...kerana takut muntah2 jika mengandung semasa belajar n beberapa masalah lain, umi meminta sy untuk mnggunakan implanon...setelah hampir dua tahun, iaitu semasa sy di semester akhir, sy mengambil keptusan utk membuang implanon kerana sudah hampir tamat belajar..
sepanjang menggunakan implanon, sy memang langsung tidak haid dan menybabkan apabila implanon telah dibuang, saya masih tidak haid setelah 4 bulan membuangnya..
Jadi, kesimpulannya, implanon memang menggangu kitaran haid sy...
ye...rezeki anak dari Allah, tetapi siapa yg x risau bila haid x kunjung tiba kan...hanya Allah yang tahu hati dan perasaan saat ini...
ye...terlalu banyak nikmat yg telah Allah berikan..Alhamdulillah..tetapi hati wanita, wanita mana yg tidak mahu cahaya mata kan....kadang2 terasa sedih melihat org lain yg telah mempunyai anak..tetapi cpt2 diri istighfar...sbb terlalu banyak nikmat lain yg telah pun Allah kurniakan...
namun..namun..sy akan terus berusaha dan berdoa, agar Allah mengurniakan zuriat penyejuk mata buat sy dan suami...Amiin..
jika ada yg ingin tahu lebih lanjut tentang pengalaman sy dan implanon, boleh pm sy di fb Cikgu Hana Lulu :)