Wednesday, 19 November 2014

PERCUTIAN DI LANGKAWI

Berhabuk dah blog ni..takpe la..sekarang baru ada masa nak update..tanpa lengah, bulan jun yang lalu sy dan suami serta dua org rakannya telah bercuti di langkawi selama 3 hari dua malam..

perjalanan pergi menaiki tren senandung langkawi....tren senandung langkawi memulakan perjalanan dari stesen kl sentral dan berakhir di stesen hat yai...perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 jam (stesen kl ke stesen arau, perlis). Kami mengambil koc yang mempunyai katil, so perjalanan agak best dan selesa....

gambar kat atas ni adalah katil saya belah atas...kalau belah bawah lagi selesa...

Sampai di arau, kami menaiki teksi ke jeti kuala perlis which is 18 km from arau...x mahal pun teksi...RM24...bahagi 4 orang so, sorang baru RM6.....

Selepas itu, naik feri ke langkawi dengan harga tiket RM18 seorang...



yeya..... dah sampai langkawi...lepas dah sampai langkawi, kami pun pergi ke tempat sewa kereta dan sewa kereta myvi auto dengan harga rm70/24 jam.....seterusnya???nantikan next entry...

Thursday, 15 May 2014

AKU DAN IMPLANON

Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah...
tergerak hati utk berkongsi tentang implanon sbb belum byk entri pasal implanon..
Implanon adalah salah satu kaedah pencegah kehamilan..
Pada 23/8/12, sy telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta..masa tu sy baru tahun dua(Sem 4) ijazah di UPSI...kerana takut muntah2 jika mengandung semasa belajar n beberapa masalah lain, umi meminta sy untuk mnggunakan implanon...setelah hampir dua tahun, iaitu semasa sy di semester akhir, sy mengambil keptusan utk membuang implanon kerana sudah hampir tamat belajar..
sepanjang menggunakan implanon, sy memang langsung tidak haid dan menybabkan apabila implanon telah dibuang, saya masih tidak haid setelah 4 bulan membuangnya..
Jadi, kesimpulannya, implanon memang menggangu kitaran haid sy...
ye...rezeki anak dari Allah, tetapi siapa yg x risau bila haid x kunjung tiba kan...hanya Allah yang tahu hati dan perasaan saat ini...
ye...terlalu banyak nikmat yg telah Allah berikan..Alhamdulillah..tetapi hati wanita, wanita mana yg tidak mahu cahaya mata kan....kadang2 terasa sedih melihat org lain yg telah mempunyai anak..tetapi cpt2 diri istighfar...sbb terlalu banyak nikmat lain yg telah pun Allah kurniakan...
namun..namun..sy akan terus berusaha dan berdoa, agar Allah mengurniakan zuriat penyejuk mata buat sy dan suami...Amiin..
jika ada yg ingin tahu lebih lanjut tentang pengalaman sy dan implanon, boleh pm sy di fb Cikgu Hana Lulu :)

Sunday, 27 April 2014

mengapa aku memulakan blog ini

salam....saje menambah koleksi blog..dulu memang ada diari...tp dah malas nak tulis..so, coretkan kebaikan di sini (InsyaAllah), moga dapat dikongsi bersama...terdetik hati ini mahu memulakan blog yang tidak seberapa kerana jika input nya baik, apabila telah mati, moga masih ada pahala yang mengalir..amiin..doakan saya ye..sy bukan pendakwah mahupun ustazah, cuma insan kecil yang ingin berubah..amiin