JANUARI 2014
Finally, my implanon was removed!!!!x sabar rasanya nak berusaha untukl hamil (TTC).....hari demi hari, minggu demi minggu, dah dekat dua bulan x period...bila cek UPT, negatif (not preggy).....hati semakin risau...kenapa period masih x kunjung tiba walaupun dah dua bulan buang implanon.....banyakkan pembacaan, rupanya kesan implanon masih ada walaupun ianya telah dibuang!!!(untuk beberapa ketika)....
APRIL-OGOS2014
Diuji...apabila bekas bapa tiriku yang x tau la apa masalah dia....duk canang kat fb dia aku n suami mandul!!!sebab tu x dpt anak???punya lah sakit hati kita ni....tapi ada hikmahnya, oleh kerana mulutnya yang x de insurans tu la aku mula TTC secara serius...mula tinggalkan nescafe dan kopi yang sentiasa menjadi kegilaan dan mula makan produk shaklee (GLA Complex) dan VITA-Lea untuk membetulkan period...Alhamdulillah....walaupun period masih tak teratur, tapi tetap datang setiap bulan...its a good sign..it show that my hormones working properly...dan masa terus berlalu....
Setiap kali period lambat, mesti tangan gatal nak cek UPT..tapi macam biasa...keputusan nya adalah not preggy...i do some research...n i join this one group which helps me a lot : TTC Malaysia (Fb secret group)..........memang best sgt group ni sbb semua org tgh TTC macam kita n semua bagi kata-kata semangat untuk berjaya TTC!! Another effort that i take adalah beli OPK (ovulation prediction kit) untuk tahu waktu subur dan memang setiap bulan jumpa waktu subur!!!!tapi kenapa x lekat???!!!
disebabkan x sedap hati...YE LER, dah buat OPK, tau hari subur pun x lekat jugak, mesti ada masalah ni...makanya, aku pun pergi la ke klinik rekha untuk consultation....
SEPTEMBER 2015
Kali pertama ke rekha, dia nak buat TVS(transvaginal scan) untuk cek keadaan rahim...cehhh!!!kene ler bukak kain spender sume..tadah je lah untuk dia masukkan alat TVS tu ke dalam lubang miss V...selsesai masuk alat tu, dia pun explain kata rahim bersih n cantik...Alhamdulillah..lega....TAPI....bila di scan di bahagian ovari kiri dan kanan...semua ovum bersaiz kecik2 (not normal) dan ada cyst cecair dan aku dikategorikan sebagai mild PCOSer....sedihnya hati Allah je yang tau...sangat down...sbb Dr kata untuk aku berjaya hamil, 99% perlu ambil ubat besarkan telur (clomid)....
OKTOBER 2015
untuk rawatan seterusnya, Dr rekha request untuk suami buat sperm test dulu...if suami mmg x de masalah sperm, bru leh proceed dgn rawatan clomid....maka suami pun dengan malu2 nya mendermakan air mani nya ke makmal pathlab seremban untuk didiagnos sperma nya....selepas dua mngu result pun keluar....resultnya?????suami saya sangat lah subur!!!!Alhamdulillah..thats mean he doesnt have problem at all...saya je la yang bermasalah sekarang ni...
DECEMBER 2015
Jumpa Dr rekha semula...Dr rekha puas hati dgn result suami dan membekalkan clomid untuk dimakan masa period nanti....dan 15 hari selepas hari pertama period, kene buat TVS lagi untk cek ovari respon atau x kepada clomid tu...
JANUARI-FEBRUARI 2015
Eksited cmpur takot nak scan masa hari ke 15 pas period....hasilnya??clomid 100mg x memberi respon...dan Dr kata x mungkin aku preggy bulan tu sbb semua ovum still kecik...sedihnyaaaaa....then, Dr bagi clomid 150mg kepada aku dengan penuh kerisauan sbb dia kata slalunya org yang gemuk je dia bg clomid smpai 150mg...yg kurus slalu 100mg dah respons....tapi....ovum ku x respons dengan 100mg....baliklah aku dengan harapan baru....150mg clomid!!moga berjaya next cycle...n x lupa jugak, masa ni lah aku buat urutan kat bahagian peranakan dengan mak angkat kawan aku.,...n dia kata mmg rahim cantik....kedudukan sume okey...so mmg betul lah mcm Dr ckp, rahim cantik...yg x cantik ovum je..makcik tu kata, insyaAllah kalau sejuk tangan dia, preggy la ni nanti...amiin
MAC 2015
29/03/2015 adalah hari pertama period...maka esoknya mula makan clomid selama 5 hari..start pada ni, hari2 makan telur half cook n minum susu kambing untuk besarkan ovum....mcm biasa, hari ke 15 pas period pertama, buat tvs...Alhamdulillah, dalam byk ovum yang kecik tu, ada satu yg bersaiz normal di ovari kiri (dgn saiz 1.8cm)...doktor suggest untuk bersama suami malam tu jugak n berturut turut selama 3 hari....tapi, aku lajakkan ke 4 hari berturut turut sehingga OPK menunjukkan result negatif(DPO 1)....selesai bed dancing/baby dust selama 4 hari.....mulalah aku menghitung DPO (Day Past Ovulation)...
APRIL 2015
Sangat berhati hati dalam tempoh DPO sbb tahu, yakin, insyaAllah aku bleh mngandung cycle ni sbb ada ovum yang besar...Berkat solat tahajud, dan doa (aku doa supaya Allah beri aku zuriat sblm bertolak menuju umrah pada bulan mei...doa supaya dapat bawak baby pegi umrah)....akhirnya, pada DPO 8, garis samar muncul pada UPT!!!!garis yang x pernah muncul!!!!sejak tu, x putus-putus doa supaya betul2 preggy!!!pada DPO 13,
akhirnya, Allah kabulkan doa aku dan suami....Alhamdulillah...maka nikmatMu yang mana hendak aku dustakan ya Allah...next entry...insyaAllah....cerita perjalanan bagaimana mujahid kecil ini membesar dalam rahimku....
NURUL HANA BALQIS
Monday, 31 August 2015
PERJALANAN DALAM BERGELAR SEORANG GURU
tak ingat pun sebenarnya ada blog ni...hahaha....update la apa yang mampu...Okey, macam mana bleh jadi cikgu ni...sy ni graduan UPSI dalam ijazah sarjana muda pendidikan kimia... Selepas hampir setahun menunggu, akhirnya menerima panggilan temu duga SPP di Putrajaya pada Mac 2015... Tunggu punya tunggu, bulan julain baru tahu result SPP dan Alhamdulillah....lulus!!!!
Pertengahan bulan ogos, keputusan penempatan pun keluar dan alangkah bahagianya apabila dipostingkan di Sekolah Menengah Sains Banting which is only 30 minutes from mil house...hehe...rezeki baby(haaaaa....cite pasal baby nak update entry lain)...Makanya, mula lah tugasan sebagai seorang guru bermula pada 17 Ogos 2015....moga perjalanan ini mendapat redhaNya...amiin

Wednesday, 19 November 2014
PERCUTIAN DI LANGKAWI
Berhabuk dah blog ni..takpe la..sekarang baru ada masa nak update..tanpa lengah, bulan jun yang lalu sy dan suami serta dua org rakannya telah bercuti di langkawi selama 3 hari dua malam..
perjalanan pergi menaiki tren senandung langkawi....tren senandung langkawi memulakan perjalanan dari stesen kl sentral dan berakhir di stesen hat yai...perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 jam (stesen kl ke stesen arau, perlis). Kami mengambil koc yang mempunyai katil, so perjalanan agak best dan selesa....

gambar kat atas ni adalah katil saya belah atas...kalau belah bawah lagi selesa...
Sampai di arau, kami menaiki teksi ke jeti kuala perlis which is 18 km from arau...x mahal pun teksi...RM24...bahagi 4 orang so, sorang baru RM6.....
Selepas itu, naik feri ke langkawi dengan harga tiket RM18 seorang...
yeya..... dah sampai langkawi...lepas dah sampai langkawi, kami pun pergi ke tempat sewa kereta dan sewa kereta myvi auto dengan harga rm70/24 jam.....seterusnya???nantikan next entry...
Thursday, 15 May 2014
AKU DAN IMPLANON
Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah...
tergerak hati utk berkongsi tentang implanon sbb belum byk entri pasal implanon..
Implanon adalah salah satu kaedah pencegah kehamilan..
Pada 23/8/12, sy telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta..masa tu sy baru tahun dua(Sem 4) ijazah di UPSI...kerana takut muntah2 jika mengandung semasa belajar n beberapa masalah lain, umi meminta sy untuk mnggunakan implanon...setelah hampir dua tahun, iaitu semasa sy di semester akhir, sy mengambil keptusan utk membuang implanon kerana sudah hampir tamat belajar..
sepanjang menggunakan implanon, sy memang langsung tidak haid dan menybabkan apabila implanon telah dibuang, saya masih tidak haid setelah 4 bulan membuangnya..
Jadi, kesimpulannya, implanon memang menggangu kitaran haid sy...
ye...rezeki anak dari Allah, tetapi siapa yg x risau bila haid x kunjung tiba kan...hanya Allah yang tahu hati dan perasaan saat ini...
ye...terlalu banyak nikmat yg telah Allah berikan..Alhamdulillah..tetapi hati wanita, wanita mana yg tidak mahu cahaya mata kan....kadang2 terasa sedih melihat org lain yg telah mempunyai anak..tetapi cpt2 diri istighfar...sbb terlalu banyak nikmat lain yg telah pun Allah kurniakan...
namun..namun..sy akan terus berusaha dan berdoa, agar Allah mengurniakan zuriat penyejuk mata buat sy dan suami...Amiin..
jika ada yg ingin tahu lebih lanjut tentang pengalaman sy dan implanon, boleh pm sy di fb Cikgu Hana Lulu :)

Sunday, 27 April 2014
mengapa aku memulakan blog ini
salam....saje menambah koleksi blog..dulu memang ada diari...tp dah malas nak tulis..so, coretkan kebaikan di sini (InsyaAllah), moga dapat dikongsi bersama...terdetik hati ini mahu memulakan blog yang tidak seberapa kerana jika input nya baik, apabila telah mati, moga masih ada pahala yang mengalir..amiin..doakan saya ye..sy bukan pendakwah mahupun ustazah, cuma insan kecil yang ingin berubah..amiin
Subscribe to:
Posts (Atom)